Saya terbaca satu artikel mengenai solat untuk orang sakit dan saya teringin untuk kongsikan bersama anda semua. Artikel ini diambil dari majalah 'FARDU AIN - EDISI KE 7'.
Bahagian Fiqh Amali (m/s 35) - Tulisan: Ustaz Haji Ahmad Baei Jaafar
Dua tiga kali juga saya memerhatikan seorang pegawai keselamatan di sebuah hospital, solat dengan cara duduk sambil kaki kanannya dilunjurkan ke hadapan. satu hari saya menegurnya: "Tuan, kenapa dengan kaki tuan?" "Saya kemalangan dan dengan sebab itu saya tidak boleh lipat kaki seperti biasa," jawabnya. Saya terus bertanya, "Tuan boleh berjalan dengan baik tetapi mengapa tuan tidak boleh solat berdiri?" Jawabnya mudah, "Kalau saya berdiri, sukar pula saya hendak duduk semula."
Mungkin alasan itu boleh diterima dan caranya itu boleh memudahkan urusan solatnya. Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu, dia duduk dan memulakkan takbir. Sepanjang empat rakaat Isyaknya, dia solat dalam keadaan duduk. Adakah sah solatnya?
Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu.
Berdasarkan rukun tersebut, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes diatas, tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama. Jika rukun pertama sudah tidak dipatuhi, bagaimana kedudukan solat itu?
Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Mari teliti cara solat yang betul bagi orang sakit sebegini:
- Untuk dua kes diatas, mereka hendaklah berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun tadbir, membaca al-Fatihah dan surah berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal.
- Untuk sujud, duduklah diatas kerusi atau lunjurkan kaki ke hadapan bagi yang duduk diatas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah bacaan dalam sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti yang pertama.
- Untuk rakaat yang kedua, berdiri semula bagi yang duduk diatas kerusi, tetapi bagi yang duduk berlunjur, bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula.
- Ulangi pergerakkan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam.
Merujuk kepada mereka yang duduk berlunjur itu, ia bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa mendatangkan apa-apa mudarat dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah), hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga.
Walau bagaimanapun, bagi mereka dalam kes diatas, jika untuk duduk berlunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain, bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walau dia boleh berjalan dengan baik.
Perlu diingat juga, berdasarkan rukun diatas, hukum berdiri ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri.
Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah bacaan dalam rukuk sebagaimana biasa. Cara ini hendaklah dibezakan dengan sujud yang tunduknya sampai ke tahap yang paling rendah yang dia mampu.
Adalah diharapkan umat Islam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian terhadap solat agar dilakukan dengan sempurna menurut kaedah yang betul. Ingatlah kalau solat tidak sah, ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah.
salam.... terima kasih
ReplyDeletesalam.... terima kasih
ReplyDeletetq..info sgt berguna..saya boleh berdiri tp saya tidak boleh utk sujud dan duduk antara dua sujud.ini kerana keadaan lutut yang sgt sakit selepas kemalangan baru2 ni..kaki saya tidak dapat utk di bengkokkan..dengan info ini, saya dapat lakukan solat saya..
ReplyDeleteterima kasih, sy xley sujud kerana perut makin membesar kerana sy hamil.. bila sujud perot jadi terkepit dan membuatkan sy jdi sakit.
ReplyDeleteterima kasih, sy xley sujud kerana perut makin membesar kerana sy hamil.. bila sujud perot jadi terkepit dan membuatkan sy jdi sakit.
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 untuk info yang terlalu berguna ini. Boleh melawat blog saya juga.. sheisjaz.blogspot.com
ReplyDeleteBagimana tmpt yg tiada kerusi, bolwh sy solat sepwnuhnya berdori krna amat sukar utk duduk apabila berdiri
ReplyDeletesolat jemaah berkerusi..
ReplyDelete...tidak kah kita keluar saf apabila berdiri utk lakukan rukun takbir dan membaca al-fatihah.
kaki kerusi belakang diletakan diatas saf..dimana jemaah lain berdiri..?
saya sakit lutut...x boleh nak lipat bila nk duduk tahyat awal akhir..boleh saya sembahyang berlunjur terus ker ..sbb di surau office takde kerusi lah...tlg jelaskan
ReplyDeleteterima kasih atas info. saya kini sarat hamil. setiap kali bersujud saya rasa agak sukar disebabkan perut yang sudah membesar. nak bangun pun agak payah. boleh tak saya sujud duduk? atau saya dikategori sebagai masih boleh sujud di lantai?
ReplyDeleteSaya tak boleh nk berdiri sbb excident bru2 nie.
ReplyDeleteSalam saya nak tanya..saya tidak dapat melakukan rukuk 90° jika saya lakukan automatik tubuh saya akan mengigil begitu juga dengan duduk antara dua sujud..jadi bolehkah saya melakukan solat duduk pada rakaat kedua?
ReplyDeleteAssalamualaikum,sy nk btnya sy tk berapa faham bagaimana cara ddk dantara 2 sujud slps berdiri.trm kasih
ReplyDeleteTq tau. Lutut sy sakit bila sy nak start sujud. With this information, sy dpt tunaikan solat fardh sy. May Allah bless u
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih atas ilmu ini. Saya pesakit lemah jantung. Utk buat bnyk pgerakan memang saya tak boleh. Dari duduk nk bngun saya ada mslh.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSaya pernah kamalangan dan pergelangan kaki kiri saya tak boleh di bengkok kan....saya tak boleh melakukan duduk antara dua sujud..sah tak kalau saya solatbseperti dalam gambar diatas.....harap dapat beri tunjuk ajar kat saya
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya pernah kamalangan dan pergelangan kaki kiri saya tak boleh di bengkok kan....saya tak boleh melakukan duduk antara dua sujud..sah tak kalau saya solatbseperti dalam gambar diatas.....harap dapat beri tunjuk ajar kat saya
Terima kasih.. tangan saya patah jadik bila nak sujud tu terkepit so sngt sakit.. info yg sngt berguna...
ReplyDeleteTerima kasih.. tangan saya patah jadik bila nak sujud tu terkepit so sngt sakit.. info yg sngt berguna...
ReplyDeleteSaya kena sleppdisc dbahagian pinggang jadi apabila nak sujud /rukuk amat sakit sangat,boleh x terangkan bagaimna cara solat yg sesuai bagi org yg sakit spt saya
ReplyDeleteSaya kena sleppdisc dbahagian pinggang jadi apabila nak sujud /rukuk amat sakit sangat,boleh x terangkan bagaimna cara solat yg sesuai bagi org yg sakit spt saya
ReplyDeletetq for info ni..sebab tengah sakit kaki ni...hehe
ReplyDeletealhamdulilah baca blog ni. syukran
ReplyDeleteTq...mcm mna lau kki patah dan tidak dibenar pijak....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
ReplyDeletecara solat atas kerusi
ReplyDeletehttps://youtu.be/t8niYS_oyfo
Alhamdulillah. Terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih. saya baru menjalani pembedahan di perut... tak rukuk dan sujud dgn sempurna... waktu lain perlu berdiri dan kemudian baru duduk
ReplyDeleteterima ksih atas ilmu ini.. saya xboleh duduk antara 2 sujud sbab sendi kaki sy bengkak..tp sy mampu brdiri dn sujud.. masa dudk antara 2 sjud sy kena duduk atas krusi
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum. Keadan kaki kiri yang pendek, brjln gunakan tongkat.klu bgni mcmn? Disebabkn saya .Brdiri pun teranngkat kaki kiri( tapak kaki. Klu nak bgun Dari duduk Dari rakaat pertama .Sukar BG sy utk bgun blik. Bole ke lps HBS rakaat pertama. Saya trs duduk & hbskn rakatr setrusnya?
ReplyDeleteTerima kasih utk info.. sya nk buat sujud mmg xle sbb sakit saraf kaki kanan tegang di blakang jadi bole sya buat sujud saja duduk atas kerusi..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih
ReplyDelete